Assalammualaikum
rakan-rakan seperjuangan,
Pembelajaran
kami hari ini sangat menerujakan kerana pembentangan oleh setiap kumpulan yang
mengupas setiap persoalan yang diberikan secara mendalam seterusnya memberikan maklumat
yang banyak mengenai tajuk tugasan yang diberikan. Disini kami sertakan tajuk
tugasan yang diberikan oleh Pn Faridah untuk rakan-rakan lebih jelas tentang
jawapan yang kami telah bincangkan didalam bilik kuliah.
Soalan Minggu Ke-3
1. Nyatakan
4 kelebihan dan 2 kelemahan kepentingan internet kepada guru.
2. Nyatakan
4 kelebihan dan 2 kelemahan kepentingan internet kepada pelajar.
3. Nyatakan
faedah TMK dalam P&P Pendidikan Jasmani.
4. Bagaimana
TMK boleh dimanfaatkan dalam P&P Pendidikan Jasmani.
5. Nyatakan
ciri-ciri CASPER.
________________________________________________________
Sebelum
kami mengupas setiap soalan dengan lebih terperinci, kami ingin menerangkan
terlebih dahulu apa yang dikatakan mengenai internet.
Internet ( Inter-Network) merupakan
sekumpulan jaringan komputer yang menghubungkan antara akademik, pemerintahan,
komersial, organisasi, mahupun perseorangan.Internet menyediakan akses untuk
layanan telekomunikasi dan sumber daya informasi untuk jutaan pemakaiannya yang
tersebar diseluruh dunia. Layanan internet meliputi komunikasi langsung (
email, chat), diskusi ( Usenet News ,Bulletin Board), sumber daya informasi
yang terdistribusi ( World Wide Web ), remote login dan lalu lintas fail (
Telnet, FTP), dan aneka layanannya.
1)Kelebihan
internet kepada guru.
a)Internet banyak
memberikan kelebihan kepada guru, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas
pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan
lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
b)Guru
hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya
digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
c)Guru
dapat memuat turun video-video menarik dari internet untuk dimasukkan dala p n
p bagi menarik perhatian pelajar dan dijadikan sebagai bahan contoh atau bukti
dalam menerangkan sesuatu matapelajaran keada pelajar.
d)Guru
juga memasukkan bahan-bahan pembelajaran misalnya mewujudkan blog peribadi bagi
memudahkan pelajar mendapat makluat atas bahan ilmu.
Terdapat beberapa keburukan Internet kepada guru seperti
:
a)Seseorang itu akan
leka apabila melayari internet contohnya ketika melayari laman sesawang,
seseorang itu akan berada dalam keadaan leka kerana terlalu asyik berchatting,
bermain game dan sebagainya.
b)Guru hanya akan
mengharapkan pada bantuan internet sahaja tanpa ada daya usaha untuk memperolehi
bahan dari sumber lain.
Pornografi
Carian menggunakan enjin carian Google dengan
menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak
180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang
sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada
remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah
tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.
2)
Kelebihan Internet Kepada Pelajar.
a)Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia pada
masa kini.
b)Pelajar dapat meneroka aplikasi komputer dengan
lebih mendalam apabila meluangkan masa dengan sebaiknya di hadapan komputer.
c)Pelajar dapat bertukar pendapat menerusi Buletin
Board.
d)Pelajar dapat melakukan pendidikan jarak jauh
secara online dan berinteraksi dengan pensyarah tanpa perlu menghadirkan diri
ke kelas.
Keburukan
Internet Kepada Pelajar
Ketagihan
internet dikalangan remaja boleh menyebabkan otak mengecut
Kajian terbaharu di
China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja
boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam. Kajian
berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLOS ONE menyatakan, kematian tisu otak
berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet. Keadaan itu boleh
membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan
perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian
tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk
merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet
selama 13 jam sehari, enam kali seminggu. Kumpulan penyelidik berkenaan
membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari
internet cuma dua jam sehari.
Medium
penyebaran dakyah jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran
sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan
Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agama
Islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Seperti yang
kita ketahui ramai pelajar atau remaja
yang menjadi dalang kepada penyebaran dakyah-dakyah seperti ini. Malah terdapat
juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh
kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran
melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru
adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya.
Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC.
Pecah-masuk ke sistem lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain
tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.
3)
Faedah TMK dalam P&P Pendidikan Jasmani.
a) Penggunaan
komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat
memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar.
b) Berupaya
meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran pendidikan
jasmani.
c) Mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
d) Membolehkan
murid mengakses maklumat mengenai pendidikan jasmani.
e) Memberi
peluang kepada murid untuk menjalani pembelajaran dengan lebih berkesan melalui
bimbingan daripada guru.
4)
Cara TMK boleh dimanfaatkan dalam P&P Pendidikan Jasmani.
a) Penggunaan
ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
b) Guru
mesti menggunakan ICT yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P.
c) Terdapat
perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang
sesuai.
5)
Prinsip Pembinaan Bahan Persembahan Bersama CASPER
Terdapat
6 prinsip yang perlu diambil perhatian sewaktu membina bahan ICT untuk
digunakan dalam proses P & P. Prinsip-prinsip tersebut ialah
a) Contrast
( berlawanan ).
- Sesebuah persembahan yang menarik
perlulah mempunyai unsure yang berlawanan dari segi warna , imej dan tipografi
yang digunakan. Guru harus bijak menggunakan unsure supaya matlamat P&P
tercapai.
b) Alignment ( Susun atur ).
- Imej dan tipografi yang hendak
dimasukkan sebagai bahan persembahan hendaklah disusun dengan baik. Susu atur
yang kemas dengan perancangan teliti dapat menghasilkan sebuah persembahan yang
mantap dan berkesan.
c) Simplicity
( permudahkan ).
- Jangan padatkan sesebuah
persembahan dengan imej atau tipografi sehingga boleh mengganggu penumpuan
pelajar. Uruskan persembahan semudah yang mungkin tetapi member impak yang
berkesan kepada pelajar.
d) Proximity
( jarak ).
- Segala imej dan teks yang
digunakan dalam persembahan hendaklah disusun dengan mengambil kira jarak
antara satu sama lain.Pastikan jarak antara teks dan grafik berada dalam kedudukan
yang selesa.
·
Jarak antara teks dengan teks.
·
Jarak antara teks dengan grafik.
·
Jarak antara grafik dengan grafik.
e) Emphasis
( keutamaan )
- Sesebuah persembahan harus mampu
menarik perhatian pelajar terhadap apa yang hendak difokuskan oleh guru. Isi
yang hendak difokuskan dalam persembahan hendaklah lebih menonjol dan jelas
daripada item yang lain.
f) Rpetition
( pengulangan berkesan )
- Sesebuah persembahan
sebaik-baiknya wujud pengulangan yang berkesan dari segi :
·
Warna ( latar belakang dan teks )
·
Jenis dan saiz “ font ”
·
Imej dan bentuk
No comments:
Post a Comment