Salam...brjumpa lagi di minggu kedua dgn tugasan yg trbaru...tugasan trbaru kali ini,puan meminta agar sy dan rakan2 menghuraikan tentang keperluan penggunaan tutorial, aplikasi, komunikasi dan penerokaan...sblum itu sy akan menerangkan tentang keperluan TmK dlm p N p....
Keperluan Penggunaan Teknologi Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran..
Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pembelajaran dan pengajaran komunikasi mampu merealisasikan hasrat kementerian pendidikan agar penguasaan Bahasa Inggeris boleh dipertingkatkan. Sebagai seorang pendidik adalah merupakan tanggungjawab mereka untuk menyahut seruan kerajaan bagi peningkatan dalam bidang pendidikan.Para guru tahu bahawa penggunaan Teknologi Maklumat secara bijak, dapat memperkayakan persekitaran pembelajaran dan membolehkan murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam perkerjaan mereka. Oleh itu, golongan pendidik perlu membuat pertimbangan tentang potensi teknologi maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya dengan cara yang baik.Penekanan terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dapat dilihat dari aspek pendedahan yang dijalankan dalam kursus-kursus yang dijalankan oleh instutusi-instutusi pendidikan guru seluruh negara. Selain menjadi sebahagian matapelajaran teras kepada kursus asas perguruan di maktab-maktab perguruan. Dalam kelas pengajaran dan pembelajaran juga, para guru juga boleh menjadikannya sbgai alat bantu mengajar dgn menyediakan bahan-bahan pengajaran dalam bntuk powerpoint...Secara tidak langsung ia juga akan menarik minat dan tumpuan pljr di dalam kelas....Kementerian Pelajaran turut mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan seperti kursus KSPK Satu Tahun Teknologi Maklumat, Kursus 14 minggu Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan , kursus satu minggu Aplikasi ICT dalam pengajaran dan Pembelajaran, kursus satu minggu Multimedia Dalam Pendidikan dan kursus Latihan Guru Sekolah Bestari, yang semuanya adalah menjurus kepada peningkatan keupayaan guru menggunakan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Mod Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran...
Sebelum menggunakan mana-mana mod, guru harus membuat perancangan yang teliti supaya penggunaan Teknologi Maklumat berkaitan dapat memberikan kesan yang terbaik kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam menggunakan mod ini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan dan merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem, latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.
Antara contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod tutorial termasuk sistem komputer yang dirangkaikan, perisian pendidikan dalam bentuk courseware yang disimpan samada pada hard disk, cd rom, atau berbentuk laman web, sistem kawalan berbentuk computer-aided instruction (CAI) yang menjalankan pengarahan proses pengajaran dan seliaan proses pembelajaran.
Situasi yang sesuai bagi menggunakan mod tutorial ialah kelas yang mempunyai bilangan ramai murid, kelas yang mempunyai murid yang berkeupayaan yang berbeza-beza, pembelajaran kendiri apabila guru bertugas di luar, pemulihan untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar, pengayaan untuk murid yang cerdik dan pendekatan pembelajaran direktif.
KEBAIKAN
Mod tutorial dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar, di samping dapat mengindividukan pembelajaran, pelajar boleh belajar dengan seliaan guru yang minimum, dan pelajar boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
KEKURANGAN / KELEMAHAN
b ) Mod Penerokaan
Dalam penggunaan Mod penerokaan, Teknologi Maklumat digunakan sebagai medium atau pentas untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet. Dalam hal ini pelajar akan mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem. Melalui mod penerokaan pelajar dapat menentukan dan mengawal maklumat yang diterima berbanding mod tutorial iaitu pelajar hanya menerima bahan pembelajaran yang ditentukan dan dikawal sistem.
Tujuan utama mod penerokaan bukannya untuk mencari jawapan tetapi memfokus kepada penglibatan pelajar dalam membentuk konsep atau kefahaman tentang sesuatu perkara. Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk akses kepada sumber yang pelbagai di internet melalui enjin gelintar, perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan, penerokaan dan permainan berbentuk simulasi.
Situasi yang sesuai menggunakan mod ini ialah pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, pembelajaran berbentuk simulasi, dan strategi pembelajaran kajian masa depan terutama dalam mata pelajaran Geografi ataupun Kajian Tempatan.
KEBAIKAN
Kebaikan mod penerokaan ialah dapat memupuk pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bagi menangani masalah sebenar, memberi peluang kepada pelajar menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran mereka, di samping mendorong penglibatan pelajar yang lebih mendalam terhadap kandungan pelajaran, lantaran membuka peluang kepada guru menerapkan strategi-strategi pembelajaran yang berasaskan teori pembelajaran constructivism.
KELEMAHAN / KEKURANGAN
Kemungkinan berlaku situasi pelajar akan tersasar daripada matlamat utama penerokaan, dan pendedahan kepada terlalu banyak pilihan mungkin menyebabkan pelajar tidak dapat memfokus kepada objektif sebenar pembelajaran, bahkan kemungkinan besar berlaku situasi pelajar akan ‘lemas’ dalam proses penerokaan, hasil penumpuan yang terlalu mendalam pada satu-satu peringkat penerokaan, menyebabkan proses pembelajaran menjadi terlalu lama.
c ) Mod Aplikasi
Dalam mod aplikasi, Teknologi Maklumat digunakan sebagai medium untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyal;urkan maklumat kepada orang lain, berbanding mod tutorial dan penerokaan di mana Teknologi Maklumat hanya digunakan sebagai mekanisma untuk penyaluran maklumat dari sumber kepada murid.
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod ini termasuk pemproses kata untuk menghasilkan karangan, hamparan elektronik untuk memaparkan carta, editor grafik, editor bunyi, editor movie, perisian persembahan elektronik dan editor laman web untuk menyampaikan persembahan, dan juga perisian mereka untuk berbantukan komputer bagi mencipta reka bentuk bahan.
Situasi yang sesuai ialah memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan dapatan kajian lapangan kepada bentuk yang lebih mudah diinterpretasi, contohnya memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen, mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau mengisi data dengan tujuan menumpukan pembelajaran kepada trenda pada data dan hasil, serta mempersembahkan hasil dalam bentuk multimedia.
KEBAIKAN
Mod aplikasi dapat dilihat melalui pelajar dapat memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan, selain itu dapat meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai aplikasi komputer sesuai dengan penggunaan komputer di alam pekerjaan.
KELEMAHAN / KEKURANGAN
Antara kelemahan mod ini ialah, gangguan terhadap pembelajaran terhadap kandungan mata pelajaran mungkin berlaku apabila tumpuan pelajar beralih kepada usaha untuk mempertingkatkan kemahiran menggunakan sesuatu aplikasi komputer, dan masalah-masalah teknikal semasa menggunakan aplikasi (seperti lesen tamat tempoh, ruang penyimpanan data dan memori tidak mencukupi, terputus bekalan elektrik) boleh mengganggu proses penghasilan produk pembelajaran.
d ) Mod Komunikasi
Dalam mod komunikasi, Teknologi Maklumat digunakan sebagai medium perhubungan oleh guru dan murid di lokasi yang berbeza menghantar dan menerima maklumat anatara mereka. Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk teks, grafik, audio, vedio atau pelbagai kombinasi.
Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod ini termasuk chat, email, audio conference, video conference, pembinaan laman web untuk akses melalui internet. Situasi yang sesuai menggunakan mod ini termasuk pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat berhubung budaya, menganalisis dan membuat perbandingan, dan usaha untuk membuka minda pelajar.
KEBAIKAN
Melalui mod komunikasi, antara kebaikannya ialah ianya dapat memupuk interaksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif, memupuk budaya berkerjasama pelajar dengan orang luar dalam proses pembelajaran, selain itu boleh melibatkan kepakaran orang luar dalam proses pembelajaran di samping capaian kepada maklumat yang terkini.
KELEMAHAN
K
elemahan juga ketara melalui kemungkinan berlaku situasi iaitu pelajar akan tersasar dari matlamat utama komunikasi iaitu untuk mempelajari kandungan pelajaran, di samping pendedahan kepada budaya luar yang memungkinkan mempunyai kesan buruk kepada sistem nilai pada pelajar itu sendiri, tambahan lagi kos yang tinggi untuk terus berkomunikasi.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah seseorang guru itu harus berperanan penting dalam menerapkan penggunaan mod Teknologi Maklumat ini dalam proses pembelajaran dan pengajaran....secara tidak langsung ia dapat memenuhi hasrat kerajaan dalam melahirkan pelajar cerdik it di samping cemerlang di dalam akademik....sehingga berjumpa lagi di lembaran tugasan minggu hadapan....
No comments:
Post a Comment