Tuesday, 11 September 2012

boolean


BOOLEAN
DEFINISI BOOLEAN
§  Pencarian Boolean adalah pencarian yang berdasarkan logik Boolean yang telah dibangunkan oleh George Boole. Ia menggunakan tiga operator asas, iaitu AND, OR dan NOT, untuk mencari  maklumat secara lebih dan tepat daripada pencarian terperinci kata kunci biasa.

§  Operator Boolean ini digunakan untuk menggabungkan kata-kata kunci yang berkaitan semasa mencari maklumat. AND dan NOT’ boleh mengecilkan skop pencarian manakala OR boleh meluaskan skop pencarian

CONTOH DI INTERNET
§  Pencarian  ‘black pepper’  AND  white pepper’ akan  menghasilkan  carian maklumat  mengenai  kedua-dua perkara  tersebut

§  Pencarian ‘black pepper ’ OR white pepper’ akan menghasilkan carian maklumat mengenai mana-mana satu daripada perkara tersebut.

§  Pencarian ‘black pepper’ NOT white pepper’ akan menghasilkan carian mengenai ‘black pepper’ sahaja.

CONTOH PENCARIAN:PIRAMID MAKANAN
§  Enjin pencarian akan mencari tapak web yang menggabungkan kedua-dua perkataan.

§  Enjin pencarian akan mencari salah satu maklumat dari tiap perkataan.

§  Enjin pencarian akan mencari  satu sahaja maklumat iaitu piramid tetapi bukan makanan.

Tuesday, 31 July 2012

Prosedur Merekod Sound


  MEMASUKKAN AUDIO KE DALAM PERSEMBAHAN POWER POINT
Klip audio boleh dimasukkan ke dalam persembahan. Untuk menambah klip audio :
·         Klip butang Audio dalam tab Insert.
·         Pilih Sound from File, Sound from Video Organizer, Play CD Audio Track, atau Record Sound.
Mengedit pilihan audio :
v  Klik ikon Sound
v  Klik tab Options

Prosedur Merekod Sound


  MEMASUKKAN AUDIO KE DALAM PERSEMBAHAN POWER POINT
Klip audio boleh dimasukkan ke dalam persembahan. Untuk menambah klip audio :
·         Klip butang Audio dalam tab Insert.
·         Pilih Sound from File, Sound from Video Organizer, Play CD Audio Track, atau Record Sound.
Mengedit pilihan audio :
v  Klik ikon Sound
v  Klik tab Options

Prosedur Merekod Sound


1.      MEMASUKKAN AUDIO KE DALAM PERSEMBAHAN POWER POINT
Klip audio boleh dimasukkan ke dalam persembahan. Untuk menambah klip audio :
·         Klip butang Audio dalam tab Insert.
·         Pilih Sound from File, Sound from Video Organizer, Play CD Audio Track, atau Record Sound.
Mengedit pilihan audio :
v  Klik ikon Sound
v  Klik tab Options

Prosedur Merekod Sound


1.      MEMASUKKAN AUDIO KE DALAM PERSEMBAHAN POWER POINT
Klip audio boleh dimasukkan ke dalam persembahan. Untuk menambah klip audio :
·         Klip butang Audio dalam tab Insert.
·         Pilih Sound from File, Sound from Video Organizer, Play CD Audio Track, atau Record Sound.
Mengedit pilihan audio :
v  Klik ikon Sound
v  Klik tab Options

Prosedur Merekod Sound


1.      MEMASUKKAN AUDIO KE DALAM PERSEMBAHAN POWER POINT
Klip audio boleh dimasukkan ke dalam persembahan. Untuk menambah klip audio :
·         Klip butang Audio dalam tab Insert.
·         Pilih Sound from File, Sound from Video Organizer, Play CD Audio Track, atau Record Sound.
Mengedit pilihan audio :
v  Klik ikon Sound
v  Klik tab Options

Singkatan dalam ICT


PENGGUNAAN SINGKATAN DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT

SINGKATAN
PENGERTIAN
ASF
Advance Streaming Format
GIF
Graphic Interchange Format
BMP
Bitmap Image File
JPEG
Joint Picture Expert Group
PNG
Portable Networks Graphic
TIFF
Tagge File Format
WWW
World Wide Web
URL
Uniform Resource Locator
DVD
Digital Video Disc
WAP
Wireless Access Protocol
.com
Commercial
.org
Organization
.net
Network
.co.id(optional)
Cooperative / Cooperation Indonesia ( uk=United Kingdom / hk=Hong Kong)
http
Hyper Text Transfer Protocol
html
Hyper Text Markup Language
sql
Struqture Query Language
asp
Activ Service Page

Sunday, 8 July 2012

Assalammualaikum rakan-rakan seperjuangan,
Pembelajaran kami hari ini sangat menerujakan kerana pembentangan oleh setiap kumpulan yang mengupas setiap persoalan yang diberikan secara mendalam seterusnya memberikan maklumat yang banyak mengenai tajuk tugasan yang diberikan. Disini kami sertakan tajuk tugasan yang diberikan oleh Pn Faridah untuk rakan-rakan lebih jelas tentang jawapan yang kami telah bincangkan didalam bilik kuliah.
Soalan Minggu Ke-3
1.     Nyatakan 4 kelebihan dan 2 kelemahan kepentingan internet kepada guru.
2.     Nyatakan 4 kelebihan dan 2 kelemahan kepentingan internet kepada pelajar.
3.     Nyatakan faedah TMK dalam P&P Pendidikan Jasmani.
4.     Bagaimana TMK boleh dimanfaatkan dalam P&P Pendidikan Jasmani.
5.     Nyatakan ciri-ciri CASPER.
________________________________________________________
Sebelum kami mengupas setiap soalan dengan lebih terperinci, kami ingin menerangkan terlebih dahulu apa yang dikatakan mengenai internet.
          Internet ( Inter-Network) merupakan sekumpulan jaringan komputer yang menghubungkan antara akademik, pemerintahan, komersial, organisasi, mahupun perseorangan.Internet menyediakan akses untuk layanan telekomunikasi dan sumber daya informasi untuk jutaan pemakaiannya yang tersebar diseluruh dunia. Layanan internet meliputi komunikasi langsung ( email, chat), diskusi ( Usenet News ,Bulletin Board), sumber daya informasi yang terdistribusi ( World Wide Web ), remote login dan lalu lintas fail ( Telnet, FTP), dan aneka layanannya.
1)Kelebihan internet kepada guru.
a)Internet banyak memberikan kelebihan kepada guru, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
b)Guru hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan  maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
c)Guru dapat memuat turun video-video menarik dari internet untuk dimasukkan dala p n p bagi menarik perhatian pelajar dan dijadikan sebagai bahan contoh atau bukti dalam menerangkan sesuatu matapelajaran keada pelajar.
d)Guru juga memasukkan bahan-bahan pembelajaran misalnya mewujudkan blog peribadi bagi memudahkan pelajar mendapat makluat atas bahan ilmu.
Terdapat beberapa keburukan Internet kepada guru seperti :
a)Seseorang itu akan leka apabila melayari internet contohnya ketika melayari laman sesawang, seseorang itu akan berada dalam keadaan leka kerana terlalu asyik berchatting, bermain game dan sebagainya.
b)Guru hanya akan mengharapkan pada bantuan internet sahaja tanpa ada daya usaha untuk memperolehi bahan dari sumber lain.

Pornografi
Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.
2) Kelebihan Internet Kepada Pelajar.
a)Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia pada masa kini.
b)Pelajar dapat meneroka aplikasi komputer dengan lebih mendalam apabila meluangkan masa dengan sebaiknya di hadapan komputer.
c)Pelajar dapat bertukar pendapat menerusi Buletin Board.
d)Pelajar dapat melakukan pendidikan jarak jauh secara online dan berinteraksi dengan pensyarah tanpa perlu menghadirkan diri ke kelas.

Keburukan Internet Kepada Pelajar
Ketagihan internet dikalangan remaja boleh menyebabkan otak mengecut
Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar semalam. Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLOS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet. Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu. Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.

Medium penyebaran dakyah jahat
Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agama Islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Seperti yang kita ketahui ramai pelajar  atau remaja yang menjadi dalang kepada penyebaran dakyah-dakyah seperti ini. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.



3) Faedah TMK dalam P&P Pendidikan Jasmani.                                              
a)     Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar.
b)    Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran pendidikan jasmani.
c)     Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
d)    Membolehkan murid mengakses maklumat mengenai pendidikan jasmani.
e)     Memberi peluang kepada murid untuk menjalani pembelajaran dengan lebih berkesan melalui bimbingan daripada guru.
4) Cara TMK boleh dimanfaatkan dalam P&P Pendidikan Jasmani.
a)     Penggunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
b)    Guru mesti menggunakan ICT yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P.
c)     Terdapat perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.

5) Prinsip Pembinaan Bahan Persembahan Bersama CASPER
          Terdapat 6 prinsip yang perlu diambil perhatian sewaktu membina bahan ICT untuk digunakan dalam proses P & P. Prinsip-prinsip tersebut ialah
a)     Contrast ( berlawanan ).
- Sesebuah persembahan yang menarik perlulah mempunyai unsure yang berlawanan dari segi warna , imej dan tipografi yang digunakan. Guru harus bijak menggunakan unsure supaya matlamat P&P tercapai.
b)     Alignment ( Susun atur ).
- Imej dan tipografi yang hendak dimasukkan sebagai bahan persembahan hendaklah disusun dengan baik. Susu atur yang kemas dengan perancangan teliti dapat menghasilkan sebuah persembahan yang mantap dan berkesan.



c)     Simplicity ( permudahkan ).
- Jangan padatkan sesebuah persembahan dengan imej atau tipografi sehingga boleh mengganggu penumpuan pelajar. Uruskan persembahan semudah yang mungkin tetapi member impak yang berkesan kepada pelajar.
d)    Proximity ( jarak ).
- Segala imej dan teks yang digunakan dalam persembahan hendaklah disusun dengan mengambil kira jarak antara satu sama lain.Pastikan jarak antara teks dan grafik berada dalam kedudukan yang selesa.
·        Jarak antara teks dengan teks.
·        Jarak antara teks dengan grafik.
·        Jarak antara grafik dengan grafik.
e)     Emphasis ( keutamaan )
- Sesebuah persembahan harus mampu menarik perhatian pelajar terhadap apa yang hendak difokuskan oleh guru. Isi yang hendak difokuskan dalam persembahan hendaklah lebih menonjol dan jelas daripada item yang lain.
f)      Rpetition ( pengulangan berkesan )
- Sesebuah persembahan sebaik-baiknya wujud pengulangan yang berkesan dari segi :
·        Warna ( latar belakang dan teks )
·        Jenis dan saiz “ font ”
·        Imej dan bentuk






Friday, 29 June 2012

Salam...brjumpa lagi di minggu kedua dgn tugasan yg trbaru...tugasan trbaru kali ini,puan meminta agar sy dan rakan2 menghuraikan tentang keperluan penggunaan tutorial, aplikasi, komunikasi dan penerokaan...sblum itu sy akan menerangkan tentang keperluan TmK dlm p N p....


Keperluan Penggunaan Teknologi Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran..


Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pembelajaran dan pengajaran komunikasi mampu merealisasikan hasrat kementerian pendidikan agar  penguasaan Bahasa Inggeris boleh dipertingkatkan. Sebagai seorang pendidik adalah merupakan tanggungjawab mereka untuk menyahut seruan kerajaan bagi peningkatan dalam bidang pendidikan.
          Para guru tahu bahawa penggunaan Teknologi Maklumat secara bijak, dapat memperkayakan   persekitaran pembelajaran dan membolehkan murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam perkerjaan mereka. Oleh itu, golongan pendidik perlu membuat pertimbangan tentang potensi  teknologi maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya dengan cara yang baik.
          Penekanan terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dapat dilihat dari aspek pendedahan yang dijalankan dalam kursus-kursus yang dijalankan oleh instutusi-instutusi  pendidikan guru seluruh negara. Selain menjadi  sebahagian matapelajaran teras kepada kursus asas perguruan di maktab-maktab perguruan. Dalam kelas pengajaran dan pembelajaran  juga, para guru juga boleh menjadikannya sbgai alat bantu mengajar dgn menyediakan bahan-bahan pengajaran dalam bntuk powerpoint...Secara tidak langsung ia juga akan menarik minat dan tumpuan pljr di dalam kelas....
 Kementerian Pelajaran turut mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan seperti kursus KSPK Satu Tahun Teknologi Maklumat, Kursus 14 minggu Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan , kursus  satu minggu Aplikasi ICT dalam pengajaran dan Pembelajaran, kursus satu minggu Multimedia Dalam Pendidikan dan kursus Latihan Guru Sekolah Bestari, yang semuanya adalah menjurus kepada peningkatan keupayaan guru menggunakan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mod Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran... 

Sebelum menggunakan mana-mana mod, guru harus  membuat perancangan yang teliti supaya penggunaan Teknologi Maklumat berkaitan dapat memberikan kesan yang terbaik kepada  proses pengajaran dan pembelajaran.

a ) Mod Tutorial
      Dalam menggunakan mod ini, Teknologi Maklumat dan Komunikasi digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan dan merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem, latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal oleh sistem.
Antara contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod tutorial termasuk sistem komputer  yang dirangkaikan, perisian pendidikan dalam bentuk courseware yang disimpan samada pada hard disk, cd rom, atau berbentuk laman web, sistem kawalan berbentuk computer-aided instruction (CAI) yang menjalankan pengarahan proses pengajaran dan seliaan proses pembelajaran.
          Situasi yang sesuai bagi menggunakan mod tutorial ialah kelas yang mempunyai bilangan ramai murid, kelas yang mempunyai murid yang berkeupayaan yang berbeza-beza, pembelajaran kendiri apabila guru bertugas di luar, pemulihan untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar, pengayaan untuk murid yang cerdik dan pendekatan pembelajaran direktif.

KEBAIKAN

       Mod tutorial dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar, di samping dapat mengindividukan pembelajaran, pelajar boleh belajar dengan seliaan guru yang minimum, dan pelajar boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.

KEKURANGAN / KELEMAHAN

       Menjadi kelemahan atau kekurangan apabila ianya boleh mengakibatkan peningkatan tempoh masa yang diperlukan pelejar untuk mempelajari sesuatu kandungan pelajaran dan secara tidak langsung akan mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga.

b ) Mod Penerokaan

     Dalam penggunaan Mod penerokaan, Teknologi Maklumat digunakan sebagai medium atau pentas untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet. Dalam hal ini pelajar akan mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem. Melalui mod penerokaan pelajar dapat menentukan dan mengawal maklumat yang diterima berbanding mod tutorial iaitu pelajar hanya menerima bahan pembelajaran yang ditentukan dan dikawal sistem.


      Tujuan utama mod penerokaan bukannya untuk mencari jawapan tetapi memfokus kepada penglibatan pelajar dalam membentuk konsep atau kefahaman tentang sesuatu perkara. Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk akses kepada sumber yang pelbagai di internet melalui enjin gelintar, perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan, penerokaan dan permainan berbentuk simulasi.
    Situasi yang sesuai menggunakan mod ini ialah pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, pembelajaran berbentuk simulasi, dan strategi pembelajaran kajian masa depan terutama dalam mata pelajaran Geografi ataupun Kajian Tempatan.


KEBAIKAN
     Kebaikan mod penerokaan ialah dapat memupuk pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bagi menangani masalah sebenar, memberi peluang kepada pelajar menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran mereka, di samping mendorong penglibatan pelajar yang lebih mendalam terhadap kandungan pelajaran, lantaran membuka peluang kepada guru menerapkan strategi-strategi pembelajaran yang berasaskan teori pembelajaran constructivism.

KELEMAHAN / KEKURANGAN
 
  Kemungkinan berlaku situasi pelajar akan tersasar daripada matlamat utama penerokaan, dan pendedahan kepada terlalu banyak pilihan mungkin menyebabkan pelajar tidak dapat memfokus kepada objektif sebenar pembelajaran, bahkan kemungkinan besar berlaku situasi pelajar akan ‘lemas’ dalam proses penerokaan, hasil penumpuan yang terlalu mendalam pada satu-satu peringkat penerokaan, menyebabkan proses pembelajaran menjadi terlalu lama.

c ) Mod Aplikasi
     
  Dalam mod aplikasi, Teknologi Maklumat digunakan sebagai medium untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyal;urkan maklumat kepada orang lain, berbanding mod tutorial dan penerokaan di mana Teknologi Maklumat hanya digunakan sebagai mekanisma untuk penyaluran maklumat dari sumber kepada murid.

   Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod ini termasuk pemproses kata untuk menghasilkan karangan, hamparan elektronik untuk memaparkan carta, editor grafik, editor bunyi, editor movie, perisian persembahan elektronik dan editor laman web untuk menyampaikan persembahan, dan juga perisian mereka untuk berbantukan komputer bagi mencipta reka bentuk bahan.
 Situasi yang sesuai ialah memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan dapatan kajian lapangan kepada bentuk yang lebih mudah diinterpretasi, contohnya memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen, mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau mengisi data dengan tujuan menumpukan pembelajaran kepada trenda pada data dan hasil, serta mempersembahkan hasil dalam bentuk multimedia.

KEBAIKAN
     Mod aplikasi dapat dilihat melalui pelajar dapat memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan, selain itu dapat meningkatkan kemahiran menggunakan pelbagai aplikasi komputer sesuai dengan penggunaan komputer di alam pekerjaan.

KELEMAHAN / KEKURANGAN
       
   Antara kelemahan mod ini ialah, gangguan terhadap pembelajaran terhadap kandungan mata pelajaran mungkin berlaku apabila tumpuan pelajar beralih kepada usaha untuk mempertingkatkan kemahiran menggunakan sesuatu aplikasi komputer, dan masalah-masalah teknikal semasa menggunakan aplikasi (seperti lesen tamat tempoh, ruang penyimpanan data dan memori tidak mencukupi, terputus bekalan elektrik) boleh mengganggu proses penghasilan produk pembelajaran.

d ) Mod Komunikasi
  Dalam mod komunikasi, Teknologi Maklumat digunakan sebagai medium perhubungan oleh guru dan murid di lokasi yang berbeza menghantar dan menerima maklumat anatara mereka. Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk teks, grafik, audio, vedio atau pelbagai kombinasi.
      Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod ini termasuk chat, email, audio conference, video conference, pembinaan laman web untuk akses melalui internet. Situasi yang sesuai menggunakan mod ini termasuk pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat berhubung budaya, menganalisis dan membuat perbandingan, dan usaha untuk membuka minda pelajar.

KEBAIKAN
      Melalui mod komunikasi, antara kebaikannya ialah ianya dapat memupuk interaksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif, memupuk budaya berkerjasama pelajar dengan orang luar dalam proses pembelajaran, selain itu boleh melibatkan kepakaran orang luar dalam proses pembelajaran di samping capaian kepada maklumat yang terkini.

KELEMAHAN
     K
elemahan juga ketara melalui kemungkinan berlaku situasi iaitu pelajar akan tersasar dari matlamat utama komunikasi iaitu untuk mempelajari kandungan pelajaran, di samping pendedahan kepada budaya luar yang memungkinkan mempunyai kesan buruk kepada sistem nilai pada pelajar itu sendiri, tambahan lagi kos yang tinggi untuk terus berkomunikasi.

Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah seseorang guru itu harus berperanan penting dalam  menerapkan penggunaan mod Teknologi Maklumat ini dalam proses pembelajaran dan pengajaran....secara tidak langsung ia dapat memenuhi hasrat kerajaan dalam melahirkan pelajar cerdik it di samping cemerlang di dalam akademik....sehingga berjumpa lagi di lembaran tugasan minggu hadapan....